Tuesday 14 July 2015

Racism, hadir tanpa sedar.

Salam, terdetik di hati mahu meneruskan hobi menulis, walaupun bukan terlalu minat tapi boleh dipupuk. Malaysia ke arah kegawatan ekonomi, tidak asing lagi untuk dibicara di bibir masyarakat. GST, harga minyak naik, barang naik, mata wang jatuh, rakyat naik angin, tapi kerajaan makin naik minyak. Pedulilah itu bukan isu nak dibincang.

Dengar isu low yatt, sy malas nak baca detail, sbb lantak lah salah siapa, at last kau cakap juga apek babi salah, melayu malas salah, jilake pendatang. Nampak, lawan dam aji pun antara ah seng ngn ali, bila ali kalah, mula maki ah seng penipu, macam kau melayu je tahu dosa pahala. Sakit hatiku memikirkan kamu, sambung...

Kita tak sedar, kita dari kecil diajar racist, ye kita naik bus masa sekolah kita duduk ngn kaum kita melayu, bila cina naik pakat tutup idung, sebab tak mandi pagi, buang air tak cuci tapi kau tak pernah fikir melayu buang anak tak dicari? Pastu kau nampak pula india ni, kau jerit, eee makan biawak, hitam, keling. Nampak dari kecil lagi racist dah.

Tapi tetap bila di sekolah have fun together, main sepak tin, yang india gelap gelar diri didier drogba, yang cina acah2 park ji sung, yang melayu semua dia nak sebab rasa ensem nak cr 7 lah walau muka tak semenggah. Bila penat, lupa bawak air, masing-masing minum air dari kawan kaum masing-masing sebab cina makan babi, india makan biawak. Datang juga racist tanpa sedar.

Tapi dalam racist kau pun racist kat bangsa kau, contoh kau nak beli bahan mentah kau pergi juga kedai apek, sbb murah, kedai melayu gila nak cepat kaya jual bunga kantan RM2.00, bunga ros lagi mahal. Jilake. Kau akan pergi kedai india untuk cari maruku, tiba-tiba ada rumours india buat maruku pakai minyak sembahyang dia. Aduh, nampak pakcik racist datang meracuni fikiran. Tak pernah seronok hidup harmoni, nak juga main counter-strike.

Tapi kalau nak tgok bab racist ni, semua detik kehidupan kau dapat rasa hadir nye racist ni. Cuma cara kau je nak handle supaya stay inert dan tak berkelahi. Biasa lah setiap kaum nak tunjuk hebatnya kaum masing-masing, bila terasa ditindas mula lah nak cetus gaduh. Melayu dengan darah pahlawan, cina ngn darah shaolin, dan india dengan darah hebat lawan filem tamil nya. Tapi at last nothing kau dapat hanyalah kemarahan antara bangsa dan penghasut 13 Mei untuk menjelma lagi.

Kita boleh racist tapi jangan keterlaluan, tipu lah kita tak racist langsung, takkan kita nak duduk semeja dengan kawan kita tengah seronok makan bah kut teh, dia pun awkward nak pelawa, so berpada-pada lah nak racist pun, kita bukan nya kecil lagi, akal ada takkan tak minum sustagen A+. 

So, just in case oppo ni nak bergaduh, kata cina penipu, makan babi lah semua lah, sampai kau panggil cina tu bangsa babi, over lah melayu, kau makan belacan hari-hari tade dia panggil kau belacan cuma dia ada panggil melayu yang layu. Mudah sangat nak bertegang dengan sentimen perkauman, kalau ah seng salah marah ah seng, bukan kau marah keturunan dia, dengan berbicara mana tak nya tumpah kuah kalau ke nasi. Jadi kau nak jadi lauk ke cakap umpama tuhan.

So stop lah sentimen isu perkauman ni, relax lah, Najib yang curi hasil negara banyak tu kau lupa dah? Sebab dia Melayu ke? Mungkin apek jual durian mahal 42 sen kat kau, dan dikira penipu, pendatang sebagainya, tapi bila 42 bilion duit lesap kau masih nak cakap kita bersyukur malaysia masih aman. Tepuk dada tanya iman, suruh sms akal, masih berhubung ke tak sel tu.